Monday, 14 March 2016

Whether the student has the right to speak or not?



Syed Saddiq merupakan seorang peminat perdebatan dan aktivis belia yang kini bekerja sebagai pensyarah sambilan yang termuda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Syed adalah seorang pemegang rekod dunia kerana telah menjadi Pendebat tertinggi menjaringkan (ESL) dalam sejarah Universiti Dunia Debate Championship. Malah, Syed pernah pemegang rekod Asia & Malaysia selepas kedudukan TOP 10 di Universiti Dunia Debate Championship dan telah memecah rekod tahun berturut-turut outwitting lebih 800 Pendebat dari seluruh dunia. 

Hal ini membuktikan bahawa Syed adalah juara bertahan Asia, pendebat keseluruhan Best of Asia (2012 & 2015) dan Dunia Islam (2012 & 2015). Syed juga telah dilantik sebagai Ketua Hakim untuk InterVarsities Cambridge tahun ini di United Kingdom. Ini menjadikan Syed sebagai wakil Asia pertama yang dilantik jawatan itu. Pelbagai sumbangan yang diberikan oleh Syed dalam dunia pendebat dan Syed telah memperoleh Anugerah Belia paling berprestij di negara Malaysia, The Anugerah Perdana Belia oleh Perdana Menteri dan lain-lain lagi.

Apabila seseorang individu yang terlibat dalam dunia populariti atau lebih dikatakan dalam dunia yang dikenali ramai, maka individu tersebut akan menjadi tumpuan ramai. Hal ini juga berlaku pada Syed Saddiq. Dimana, beliau telah menjadi tumpuan apabila mengeluarkan pandangan dalam perkara dunia politik mahupun dalam hal-hal tertentu. Kemudian, Syed Saddiq telah di"banned" untuk mengeluarkan pandangan atau dilarang untuk bersuara. Kita sedia maklum bahawa, Syed Saddiq adalah seorang pemidato yang bersemangat dan Syed sendiri menyatakan bahawa " there is more to debating than just speaking out".

Maka, persoalannya disini, adakah kita sebagai mahasiswa tidak mempunyai hak untuk bersuara?. Malah, adakah kita akan dilarang untuk memberikan pandangan atau menyuarakan pendapat atau idea?. Melalui pandangan saya sendiri, kita sebagai mahasiswa mempunyai hak kebebasan sama ada menyuarakan pandangan, menyatakan idea dan sebagainya. Namun, ia mestilah mengeluarkan dengan "berilmu" sama ada mengunakan fakta-fakta atau perkara yang mempunyai bukti. Perkara ini juga terkandung dalam penjelasan mengenai hak untuk bersuara.

Setiap individu akan mempunyai hak kebebasan untuk meluahkan pendapat dan pandangan. Hal ini termasuklah kebebasan dalam menyebarkan maklumat idea atau pandangan sendiri melalui media massa dan media elektronik tanpa mengira sempadan. Maka, mustahil jika seseorang individu perlu diberikan larangan untuk mengeluarkan padangan. Namun, sebagai mahasiswa, kita sewajarnya memberikan pandangan berasaskan identiti kita sebagai mahasiswa disebabkan mahasiswa sering kali dijadikan contoh atau model kepada generasi muda pada masa akan datang.

So,
Whether the student has the right to speak or NOT?

-Tepuk DADA, Tanya DIRI-



Tuesday, 8 March 2016

Permulaan Coretan

Assalamualaikum
&
Salam 1Malaysia


Every successful person, has a painful story,
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready to success.

Blog ini akan menceritakan Hak Asasi Manusia yang berdasarkan kepada pengisytiharaan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948.

Pengisytiharaan ini dikenali sebagai Pengisytiharaan Hak Asasi Manusia (UDHR) yang telah membahagikan hak asasi manusia kepada kebebasan utama iaitu :

kebebasan daripada ketakutan
kebebasan daripada kemahuan
kebebasan bersuara
kebebasan kepercayaan


Terdapat pelbagai Hak-hak yang akan diketengahkan dalam blog ini iaitu daripada hak sivil dan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Maka, selamat mengikuti penulisan di blog ini.


- Terima Kasih -

Pemerdagangan Manusia @ Human Trafficking





         Apakah yang dimaksudkan dengan HUMAN TRAFFICKING? atau lebih dikenali sebagai PEMERDAGANGAN MANUSIA?.

Pemerdagangan manusia merupakan perdagangan atau perniagaan yang melibatkan pergerakan manusia secara haram untuk tujuan seperti perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa. Kita sebagai masyarakat juga lebih mengetahui bahawa aktiviti pemerdagangan manusia ini semakin aktif dalam negara Malaysia sendiri. Contohnya, lebihan buruh paksa atau warga asing yang bekerja di Malaysia, merupakan salah satu aktiviti pemerdangan manusia yang dibawa masuk ke Malaysia.


Hal ini menunjukkan bahawa, mereka yang dipaksa bekerja di Malaysia adalah berkemungkinan mengalami hutang atau masalah dengan majikan di negara mereka sendiri. Kebanyakkan aktiviti pemerdagangan manusia ini sering kali berlaku di negara-negara miskin atau dikenali sebagai negara berpendapatan rendah. Kebiasaannya pemerdagangan manusia ini melibatkan golongan kanak-kanak dan wanita. 


Melalui kisah yang dipaparkan kepada masyarakat pada suatu ketika dahulu, di mana seorang kanak-kanak telah dijual oleh ibu bapanya sendiri atas tujuan aktiviti pelacuran. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menjalankan aktiviti seperti kanak-kanak normal. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam pemerdangan manusia kerana keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri dan pemikiran yang belum matang menyebabkan mereka lebih mudah diekploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

Kita juga sedia maklum bahawa  Malaysia merupakan destinasi popular dalam kalangan pekerja asing atas sebab ekonomi atau sebagai negara transit. Maka, kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh. Aduan berkaitan isu pemerdagangan orang sentiasa dilaporkan kepada SUHAKAM selama ini. Walaupun Suruhanjaya bukanlah sebuah agensi penguatkuasa bagi jenayah rentas sempadan, namun SUHAKAM sentiasa bertindak sebagai pengantara bagi pengadu dan agensi penguatkuasa untuk memastikan tindakan segera dan sewajarnya diambil ke atas setiap aduan. Hal ini kerana kes-kes seperti ini telah melibatkan hak asasi manusia walaupun ianya dari warga asing.

SUHAKAM berpendapat bahawa isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran harus ditangani dengan kadar segera oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Dalam menyokong usaha negara dalam memerangi pemerdagangan orang, SUHAKAM juga telah mengadakan pelbagai sesi dialog dan perbincangan meja bulat bersama agensi Kerajaan yang berkenaan dan pihak berkepentingan yang lain, dan juga mengemukakan syor-syor kepada Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (MAPO) di Malaysia. SUHAKAM juga mengadakan lawatan berkala ke pusat perlindungan mangsa pemerdagangan orang dan sentiasa mempromosi kesedaran dalam kalangan semua lapisan masyarakat mengenai kebahayaan pemerdagangan orang serta kepentingan untuk memastikan hak asasi mangsa pemerdaganan orang dijamin mulai saat mereka diselamatkan dan seterusnya, semasa proses pemulihan sehinggalah saat mereka diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Melalui jurnal yang telah saya perolehi, ia menceritakan pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan seluruh negara termasuk negara Malaysia samaada dalam bentuk perundangan mahupun penguatkuasaan. Kewujudan Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (MAPO) menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai komitmen untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia. Malah MAPO mempunyai pelbagai fungsi dimana antaranya ialah bekerjasama dengan kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai pemerdagangan orang. 

Kerjasama dalam kelompok antarabangsa adalah untuk mengelakkan berlakunya kejadian jenayah pemerdagangan manusia kerana aktiviti ini mampu menjejaskan keselamatan negara. Walaupun negara Malaysia pernah jatuh pada tahap yang buruk dalam membateras pemerdagangan manusia, namun pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang telah meningkatkan tahap yang lebih baik dalam usaha mencegah jenayah ini. 


Selain itu, Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migrain (ATIPSOM) juga diwujudkan untuk menangani sindiket antarabangsa yang telah menjadikan negara Malaysia sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan orang untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutamanya Australia. Kebanyakan mangsa adalah warga Afghanistan, Pakistan dan Myanmar. Pelbagai penalty yang dilaksanakan bagi kesalahan yang ditetapkan. Antaranya ialah disabitkan hukuman penjara dan dikenakan denda.

Pada pandangan saya sendiri, rundingan dengan negara luar juga merupakan inisiatif kerajaan untuk membanteras jenayah ini. Malah, negara Malaysia juga penah mengadakan hubungan kerjasama dengan negara Australia. Tambahan lagi, Proses Bali adalah penyertaan bersama untuk bekerjasama dan pelbagai langkah diketengahkan untuk membantu mencegah pemerdagangan manusia di rantau Asia Pasifik. Proses Bali ini telah melibatkan 50 buah negara dan agensi antarabangsa. Maka, ini merupakan langkah yang terbaik untuk semua negara membanteras isu ini supaya tidak berleluasa. 

Lumrah alam bagi seorang manusia yang menginginkan kebebasan hak asasi manusia. Begitu juga mereka yang telah menjadi mangsa akibat "Human Trafficking". 
Adakah kita hanya mampu melihat tanpa membanteras?
"Thinking out of Box"



Rujukan Journal : 
USAHA MALAYSIA DALAM MEMBANTERAS 
JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG : SATU TINJAUAN
Norcikeyonn Samuni & Nor-Ina Kanyo, International Journal of Environment, 
Society and Space, 2013, (1), Page 62-72