Asslamualaikum & Salam Sejahtera
Kita sedia maklum bahawa, semua negara mempunyai Hak Asasi Manusia, terutamanya negara Malaysia. Tetapi bagaimanakah sistem hak asasi manusia di negara luar?. Oleh itu, saya ingin berkongsikan mengenai sistem Hak Asasi di Negara Iran.
Sebelum itu, mesti ramai yang tertanya, mengapa saya memilih negara Iran. Hal ini kerana terdapat beberapa kes baru yang wujud dan ianya berkaitan dengan kwujudan hak asasi manusia pada tahun 2015.
Menurut Universal Declaration of Human Rights (UDHR), human
rights ataupun hak asasi manusia merujuk kepada suasana
yang menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai hak dan kelebihan
masing-masing untuk diberikan peluang dan perlindungan yang sewajarnya selagi
mana ia dikehendaki. Jelasnya:
"Human
rights may be generally defined as those rights which are inherent in our
nature and without which we cannot live as human beings. Human rights and
fundamental freedoms allow us to develop fully and use our human qualities, our
intelligence, our talents and our conscience and to satisfy our spiritual and
other needs. They are based on humankind’s increasing demand for a life in
which the inherent dignity and worth of each human being are accorded respect
and protection. Their denial is not only an individual and personal tragedy but
also creates conditions of social and political unrest, sowing the seeds of
violence and conflict within and between societies and nations."
(Office
of the High Commissioner for Human Rights 2004: 6).
Penjelasan ‘human
rights’ sebagaimana di atas difokuskan kepada hak-hak manusia yang perlu
diberikan ruang kebebasan dan perlindungan sama ada dari aspek politik, agama,
perundangan dan sosial. Ia banyak berkisar bagi individu mahupun kelompok-kelompok
tertentu, seterusnya menggesa pihak pemerintah sebagai pelaksana yang sah dan
memiliki kuasa eksekutif dalam memberikan kebebasan dan perlindungan kepada
mereka (Zul`Azmi
& Zailan, 2012).
Secara
umumnya, setiap negara mempunyai ciri-ciri hak asasi manusia masing-masing dan
begitu juga dengan negara Iran. Pengarang laporan Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) ke atas negara Iran menunjukkan satu gambaran yang buruk mengenai
pencabulan hak asasi manusia oleh Republik Islam (Farnaz, 2015). Menurut
pelapor khas PBB bagi memantau hak asasi manusia di Iran telah menjelaskan
bahawa keadaan hak asasi manusia di Iran sangat membimbangkan khususnya dalam
beberapa kes tertentu seperti hak asasi manusia bagi golongan wanita dan
kanak-kanak.
Jawatankuasa wanita dalam Dewan Perlawanan Nasional
Iran telah menerbitkan sebuah buku berjudul "Wanita Iran di Era
Rouhani". Di dalam buku tersebut telah menjelaskan beberapa
pelanggaran terhadap hak-hak asasi wanita semasa zaman pentadbiran Hassan
Rouhani yang merupakan Presiden Iran pada masa kini. Sebelum beliau memangku jawatan
iaitu semasa berkempen untuk mendapatkan jawatan, beliau telah menegaskan akan
memperbaiki keadaan wanita Iran khususnya mengenai hak-hak asasi. Namun secara
realitinya, kandungan buku tersebut telah memperjelaskan bahawa jenayah
terhadap wanita tidak diselesaikan sehingga kini iaitu jenayah penindasan dan
penganiayaan terhadap wanita Iran (Heri, 2015).
Tambahan
lagi, pada bulan Oktober 2014, seorang wanita bernama Rayhana Jabbari yang
berusia 26 tahun, telah dihukum gantung disebabkan ingin membela diri dari
diperkosa oleh Morteza Abdolali Sarbandi. Pelbagai inisiatif yang dilakukan
oleh pertubuhan organisasi antarabangsa untuk menuntut keadilan hak asasi
manusia terhadap wanita tersebut namun, wanita tersebut tetap dihukum gantung
sedangkan beliau ingin mempertahankan dirinya. Hal ini menyebabkan hak asasi
manusia di Iran masih kurang dipertahankan atau diambil berat oleh pemerintahan
negara tersebut.
Selain
itu, beberapa artikel telah menjelaskan bahawa kerajaan negara Iran telah
menangkap puluhan wanita. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap
adalah merupakan golongan aktivis wanita dimana kumpulan wanita yang aktif
dalam perjuangan untuk memprotes mengenai ketidakadilan serta penindasan yang
di terima oleh wanita di Iran (Heri 2015). Leila Akrami merupakan seorang
peguam asal di Iran telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 50 aktivis
wanita telah ditangkap dan dipenjarakan disebabkan mereka mengikuti aktiviti
politik. Hal ini menunjukkan masyarakat di negara Iran tidak mendapat kebebasan
politik mahupun kebebasan bersuara dalam mempertahankan hak masing-masing
(Heri, 2015)
RUJUKAN
Fassihi, F. (2015). U.N.Report
Slams Iran's Human-Rights Record. New York City: The Wall Street Journal.
Heri. (2015). Hilangnya Hak
Asasi Wanita di Iran. Jakarta: Media Islam Rujukan.
ZAILANMORIS, Z. Y. (2012). Hak
Asasi Manusia (Human Rights) dalam Menangani Krisis Alam Sekitar. International
Journal of Islamic Thought , 81-90.