Friday, 22 April 2016

Kedudukan Hak Asasi di Iran



Asslamualaikum & Salam Sejahtera

Kita sedia maklum bahawa, semua negara mempunyai Hak Asasi Manusia, terutamanya negara Malaysia. Tetapi bagaimanakah sistem hak asasi manusia di negara luar?. Oleh itu, saya ingin berkongsikan mengenai sistem Hak Asasi di Negara Iran. 

Sebelum itu, mesti ramai yang tertanya, mengapa saya memilih negara Iran. Hal ini kerana terdapat beberapa kes baru yang wujud dan ianya berkaitan dengan kwujudan hak asasi manusia pada tahun 2015.

Menurut Universal Declaration of Human Rights (UDHR), human rights ataupun hak asasi manusia merujuk kepada suasana yang menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai hak dan kelebihan masing-masing untuk diberikan peluang dan perlindungan yang sewajarnya selagi mana ia dikehendaki. Jelasnya:
"Human rights may be generally defined as those rights which are inherent in our nature and without which we cannot live as human beings. Human rights and fundamental freedoms allow us to develop fully and use our human qualities, our intelligence, our talents and our conscience and to satisfy our spiritual and other needs. They are based on humankind’s increasing demand for a life in which the inherent dignity and worth of each human being are accorded respect and protection. Their denial is not only an individual and personal tragedy but also creates conditions of social and political unrest, sowing the seeds of violence and conflict within and between societies and nations."
(Office of the High Commissioner for Human Rights 2004: 6).
Penjelasan ‘human rights’ sebagaimana di atas difokuskan kepada hak-hak manusia yang perlu diberikan ruang kebebasan dan perlindungan sama ada dari aspek politik, agama, perundangan dan sosial. Ia banyak berkisar bagi individu mahupun kelompok-kelompok tertentu, seterusnya menggesa pihak pemerintah sebagai pelaksana yang sah dan memiliki kuasa eksekutif dalam memberikan kebebasan dan perlindungan kepada mereka (Zul`Azmi & Zailan, 2012).
Secara umumnya, setiap negara mempunyai ciri-ciri hak asasi manusia masing-masing dan begitu juga dengan negara Iran. Pengarang laporan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara Iran menunjukkan satu gambaran yang buruk mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh Republik Islam (Farnaz, 2015). Menurut pelapor khas PBB bagi memantau hak asasi manusia di Iran telah menjelaskan bahawa keadaan hak asasi manusia di Iran sangat membimbangkan khususnya dalam beberapa kes tertentu seperti hak asasi manusia bagi golongan wanita dan kanak-kanak.
Jawatankuasa wanita dalam Dewan Perlawanan Nasional Iran telah menerbitkan sebuah buku berjudul "Wanita Iran di Era Rouhani". Di dalam buku tersebut telah menjelaskan beberapa pelanggaran terhadap hak-hak asasi wanita semasa zaman pentadbiran Hassan Rouhani yang merupakan Presiden Iran pada masa kini. Sebelum beliau memangku jawatan iaitu semasa berkempen untuk mendapatkan jawatan, beliau telah menegaskan akan memperbaiki keadaan wanita Iran khususnya mengenai hak-hak asasi. Namun secara realitinya, kandungan buku tersebut telah memperjelaskan bahawa jenayah terhadap wanita tidak diselesaikan sehingga kini iaitu jenayah penindasan dan penganiayaan terhadap wanita Iran (Heri, 2015).
Tambahan lagi, pada bulan Oktober 2014, seorang wanita bernama Rayhana Jabbari yang berusia 26 tahun, telah dihukum gantung disebabkan ingin membela diri dari diperkosa oleh Morteza Abdolali Sarbandi. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pertubuhan organisasi antarabangsa untuk menuntut keadilan hak asasi manusia terhadap wanita tersebut namun, wanita tersebut tetap dihukum gantung sedangkan beliau ingin mempertahankan dirinya. Hal ini menyebabkan hak asasi manusia di Iran masih kurang dipertahankan atau diambil berat oleh pemerintahan negara tersebut.
Selain itu, beberapa artikel telah menjelaskan bahawa kerajaan negara Iran telah menangkap puluhan wanita. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap adalah merupakan golongan aktivis wanita dimana kumpulan wanita yang aktif dalam perjuangan untuk memprotes mengenai ketidakadilan serta penindasan yang di terima oleh wanita di Iran (Heri 2015). Leila Akrami merupakan seorang peguam asal di Iran telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 50 aktivis wanita telah ditangkap dan dipenjarakan disebabkan mereka mengikuti aktiviti politik. Hal ini menunjukkan masyarakat di negara Iran tidak mendapat kebebasan politik mahupun kebebasan bersuara dalam mempertahankan hak masing-masing (Heri, 2015)

RUJUKAN

 

Fassihi, F. (2015). U.N.Report Slams Iran's Human-Rights Record. New York City: The Wall Street Journal.
Heri. (2015). Hilangnya Hak Asasi Wanita di Iran. Jakarta: Media Islam Rujukan.
ZAILANMORIS, Z. Y. (2012). Hak Asasi Manusia (Human Rights) dalam Menangani Krisis Alam Sekitar. International Journal of Islamic Thought , 81-90.

No comments:

Post a Comment