Sunday, 12 June 2016

collateral murders



Assalamualaikum 

Wikileaks : Collateral Murders

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat kepada para pembaca mengenai sebuah video yang memaparkan bagaimana 12 orang terbunuh dengan secara sengaja melalui serangan helikopter yang dilakukan oleh Pihak Tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Serangan ini telah melibatkan orang awam, wartawan reuters dan kanak-kanak.


Berdasarkan video yang dipaparkan, pelbagai persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita sebagai masyarakat dunia yang prihatin. Disini menunjukkan sejauh manakah Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang ditubuhkan oleh Pertumbuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah terlaksana?. Situasi tersebut menunjukkan mangsa yang ditembak tidak melakukan serangan atau tindakan yang mengancam keselamatan orang lain mahupun pihak Tentera Amerika Syarikat. Pihak Tentera pula seolah-olah tidak mengetahui dan tidak mendedahkan bagaimana pekerja Reuters iaitu wartawan terbunuh dan kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah. Video ini merupakan salah satu bukti kecuaian pihak Tentera Amerika Syarikat dalam menjalankan tugas mereka. Walaupun serangan yang dibuat adalah daripada kelulusan dari pihak atasan namun kelulusan tersebut adalah berdasarkan pada maklumbalas yang diberi oleh askar-askar yang berada di kawasan pertempuran. Maka, persolan mula timbula dengan menyatakan, bagaimanakah maklumbalas diberikan boleh mempengaruhi pembuat keputusan?

Sebelum saya menceritakan dan memberikan pendapat saya mengenai Perspektif Hak Asasi Manusia, saya ingin menyentuh sedikit kejadian yang berlaku dalam kes Collateral Murders. Kejadian berlaku pada waktu pagi, 12 Julai 2007. Serangan udara oleh Helikopter Apache yang diketuai oleh Tentera Amerika Syarikat. Kejadian tersebut berlaku di Al-Amin Al-Thaniyah di terletak di daerah Baghdad. Hal ini berlaku semasa berlangsungnya Perang Iraq. Hal ini mendapat perhatian oleh semua pihak disebabkan ianya melibatkan penduduk awam yang tidak bersenjata dan melibatkan beberapa golongan kanak-kanak.

Serangan pertama jelas menunjukkan penglibatan sekumpulan yang terdiri daripada 2 orang wartawan Iraq iaitu Saeed Chmagh dan Namir Noor Eldeen. 7 orang lelaki termasuk wartawan telah ditembak disebabkan pihak tentera menyangka bahawa kamera yang dipegang oleh wartawan tersebut merupakan senjata. Namun, hanya seorang sahaja terselamat iaitu wartawan Saeed Chmagh yang mengalami kecederaan.

Serangan Kedua pula melibatkan sebuah van yang dipandu oleh Saleh Mutashar dan terdapat 2 orang kanak-kanak bernama Sajad dan Doaha dan beberapa orang di dalam van tersebut. Kejadian berlaku apabila seorang pemandu van telah bertindak untuk menyelamatkan seorang wartawan yang tercedera akibat serangan pertama. Maka, dengan ini bagaimanakah situasi Collateral Murders ini dilihat dalam aspek perspektif Hak Asasi Manusia?.


Perspektif Hak Asasi Manusia :


1. Undang-undang Peperangan
· Undang-undang Peperangan merujuk kepada peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata atau kaedah peperangan. Ianya ditubuhkan bagi melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran contohnya orang awam, wartawan, kanak-kanak, wanita dan sebagainya.
· Merujuk kepada situasi Collateral Murder ini, pihak tentera telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan melakukan serangan udara terhadap sekumpulan penduduk awam yang tidak bersalah. Hal ini kerana kedua-dua serangan tersebut jelas menunjukkan penglibatan orang awam serta kanak-kanak. Di dalam video, melalui serangan pertama, jelas menunjukkan bahawa mereka hanya memegang sebuah kamera dan peralatan untuk melakukan pekerjaan. Serangan kedua pula menunjukkan orang awam ingin menyelamatkan mangsa yang terkena tembakan.


2. Kebebasan Media
· Kebebasan media di Bandar Baghdad telah disekat oleh tentera US. Merujuk kepada video Collateral Murder, jelas menunjukkan dua wartawan Baghdad iaitu Saeed Chmagh dan Namir Noor Eldeen bertanggungjawab untuk membuat liputan mengenai peperangan yang berlaku, namun, mereka telah ditembak bersama kumpulan penduduk awam tanpa sebarang isyarat.
· Maka, kebebasan media ini tidak seharusnya disekat kerana mereka berhak untuk membuat liputan mengenai isu-isu semasa untuk disampaikan kepada pihak luar dan masyarakat dunia.



3. Hak Rawatan
· Hak mendapat rawatan merupakan hak-hak manusia dalam semua kelompok, tidak kira golongan atasan mahupun golongan bawahan. Melalui pemerhatian di dalam video Collateral Murder ini, pihak tentera telah melakukan serangan kali kedua apabila mendapati seorang penduduk yang membawa van ingin menyelamatkan seorang wartawan yang cedera pada serangan pertama.
· Secara Umumnya, mereka yang tercedera seharusnya diberikan rawatan kerana mereka dianggap tidak bersalah dan tidak melakukan pemberontakan. Ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh tentera US terhadap wartawan yang tercedera.


4. Hak kebebasan bersuara
· Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk meluahkan pendapat dan pandangan. Hal ini termasuklah kebebasan dari sebarang gangguan, mencari, menerima dan menyebarkan maklumat serta idea melalui media massa dan media elektronik tanpa mengira sempadan.
· Pada tahun 2010, seorang penganalisis perisikan tentera Amerika bernama Bradley Manning ditangkap selepas menceritakan hal kejadian yang sebenar kepada Adrian Lamo bahawa dia telah mendedahkan video serangan udara Collateral Murder kepada Wikileaks.
· Maka, sekiranya tiada individu yang menceritakan mengenai hal kejadian, perbuatan penyalahgunaan kuasa oleh tentera Amerika itu tidak akan diketahui orang ramai. Ini adalah bertentangan dengan artikel 19 iaitu setiap orang berhak mengetahui dan menerima maklumat. 
Namun, bukan setakat ini sahaja mengenai perspektif dalam Hak Asasi Manusia. Terdapat banyak lagi hak-hak yang perlu diketengahkan dalam kes-kes seperti ini, Maka, kita sebagai masyarakat dunia tanpa sempadan, perlulah berganding bahu untuk mengelak dan membanteras agar perkara seperti ini tidak lagi berlaku.




-Terima Kasih-

2 comments:

  1. Hi Kimie. Saya Yap Lee See(A143364).
    Saya amat bersetujui dengan pandangan anda daripada perspektif Hak Asasi Manusia. Terima Kasih atas pandangan anda untuk membantu saya memahami collateral murders dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  2. Hi Kimie. Saya Yap Lee See(A143364).
    Saya amat bersetujui dengan pandangan anda daripada perspektif Hak Asasi Manusia. Terima Kasih atas pandangan anda untuk membantu saya memahami collateral murders dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete