Berikut adalah lagu yang bertajuk "Tell Me Why" dan saya akan memberikan beberapa pandangan mengenai lirik-lirik yang tersembunyi di dalam lagu tersebut dan menghuraikannya dalam aspek hak asasi manusia
Antara hak-hak asasi manusia
yang dibicarakan dalam klip lagu dan lirik ‘Tell me why’ adalah :
1. Hak
kebebasan bersuara
2. Hak
untuk mendapatkan perlindungan.
3. Hak
kanak-kanak.
4. Hak
untuk mendapatkan keadilan
5. Hak
kebebasan dalam sesebuah negara
6. Hak
kesamarataan
7. Hak
keselamatan sosial
8. Kebebasan
kepercayaan dan agama
Lagu ‘Tell me why’ telah dinyanyikan oleh Declan
Galbraith ketika dia berumur 11 tahun. Lagu ini menceritakan tentang isu-isu
yang berkaitrapat dengan situasi yang berlaku di dunia. Melalui lagu ini,
penulis lirik dan termasuklah penyanyi menyatakan bahawa kanak-kanak seharusnya
mempunyai kehidupan yang sentiasa ceria dan dipenuhi dengan gelak ketawa. Walau
bagaimanapun, masih terdapat kanak-kanak yang hidup dalam keadaan kemiskinan,
kelaparan dan sentiasa dizalimi. Hal ini dapat dikaitkan dengan lirik yang
pertama di mana ia telah menerangkan sebab kewujudan konflik yang banyak.
Berdasarkan lirik tersebut, manusia atau kanak-kanak menganggap bahawa kejadian
peperangan dan konflik yang berlaku adalah mimpi, sedangkan apabila mereka
bangun dari tidur ianya adalah realiti.
"in my dream, children
sing
a song of love for every boy
and girl
the sky is blue and fields are
green
and laughter is the language of
the world
then i wake and all i see”
Bahagian pertama lagu ini menjelaskan bahawa manusia
sentiasa memerlukan bantuan, tetapi persoalannya, mengapakah tiada bantuan
kepada mereka yang memerlukan pertolongan?. Pelbagai persoalan yang dinyatakan
oleh kanak-kanak tersebut berdasarkan lirik dibawah.
"Tell me why (why) does it have to be like
this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?"
Malah, kanak-kanak tersebut juga bertanya adakah dia
perlu membazir masanya di dunia yang yang penuh dengan peperangan, kekacauan,
kemiskinan dan kemusnahan ini?. Adakah hidupan sebegini ialah hidupan yang kita
ingin beri kepada anak kita?. UDHR telah menyatakan bahawa setiap individu
mempunyai hak kebebasan untuk mendapatkan perlindungan, kedamaian dan lain-lain
lagi khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Namun, melalui peperangan yang
penuh kezaliman contohnya peperangan Israel dan Gaza, Syria dan sebagainya
telah menyebabkan masyarakat yang tidak bersalah telah terkorban. Hal ini telah
melanggar prinsip hak asasi manusia.
Walau bagaimanapun, lagu ini juga bukan ditujukan
khas untuk isu-isu kemiskina, malah lirik tersebut juga menerangkan isu hak
asasi terhadap kedamaian dan hak untuk mendapatkan perlindungan kepada haiwan. ‘Why do the tigers run? Why
do we let the forests burn? Why do we let the ocean die?’. Soalan-soalan ini membawa isu-isu tentang isu alam
sekitar. Kita sedia maklum bahawa isu-isu alam sekitar sering dijadikan isu hal
remeh temeh. Hal ini kerana manusia menjadi rakus terhadap pembangunan
sehinggakan hutan dibakar dan pokok ditebang, kawasan lautan menjadi tempat
pembuangan sisa-sisa kumbahan dan sebagainya.
Kemudian, persoalan dalam lirik ‘why do we shoot the gun?’ dikaitkan dengan dua isu utama iaitu isu memburu haiwan
dan isu peperangan. Melalui Artikel 1, UDH telah menegaskan bahawa setiap
individu berhak mendapat keadilan dan kesamarataan yang adil. Namun,
berdasarkan video lagu tersebut, kanak-kanak dijadikan mangsa peperangan
sehingga menyebabkan mereka terpaksa memegang senapang untuk mendapatkan
perlindungan terhadap diri sendiri.
Pengakhiran lagu ini menyebabkan masyarakat akan
tersentuh di mana lirik lagu tersebut ialah ‘why cannot just
be friends’. Persoalannya,
mengapakah kita susah untuk menjadi kawan sedangkan kita mampu mengubah dunia
yang huru-hara menjadi aman dan damai. Oleh itu, semua lapisan masyarakat di
dunia, seharusnya bekerjasama untuk mendapatkan kedamaian demi kepentingan
generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment